Nikmati kadar sewa yang murah dan terima kasih kerana menetap di sini =)

Sunday, April 10, 2011

Jenis-Jenis Sembelit

-Sembelit sekali-sekala
Merupakan jenis sembelit yang paling lazim dialami termasuk wanita hamil, warga tua, pengembara, pesakit yang mengambil ubat tertentu atau yang pernah menjalani pembedahan. Ia mudah dirawat dengan pengambilan ubat yang mengadungi serat dan mengubah gaya hidup.

-Sembelit Akut
Sembelit yang terjadi secara tiba-tiba akibat daripada faktor tertentu, ia hanya semantara dan boleh berulang.

-Sembelit Hypotonic atau Sembelit Atonic
Berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang pengambilan serat dan kurang cairan dalam tubuh menyebabkan otot abdomen menjadi lemah dan tidak mampu menolak pergerakkan usus seperti sepatutnya.

-Sembelit Rektum
Apabila seseorang itu terlalu sibuk atau leka dengan gesaan mengosongkan usus, dia sebenarnya melatih rektum untuk menjadi tidak sensitif. Akibatnya rektum tidak menghantar insyarat pada otak walaupun telah penuh. Bahan fekal yang kering dan kesat menjadikannya lebih sukar untuk digerakkan.

-Sembelit Fungsian
Tiada sebarang kaitan antara kimia, fizikal atau hormon dalam tubuh tapi ia mungkin disebabkan faktor psikologi akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms