Nikmati kadar sewa yang murah dan terima kasih kerana menetap di sini =)

Monday, April 25, 2011

Kekuatan Suara Paus Biru

Tahukah anda?
Ikan paus biru iaitu Balaenoptera Musculus mempunyai suara yang sangat kuat iaitu setinggi 188 desibel, bunyi yang lebih kuat daripada bunyi enjin Jet dan suara ikan paus itu boleh didengar sejauh 848 kilometer.

Laut Yang Terbesar

Tahukah anda?
Laut yang terbesar di dunia adalah laut cina selatan yang seluas 3.6 juta kilometer persegi. Ia juga adalah perairan paling sibuk dengan sebahagian daripada kapal dagangan dunia menggunakan laluan ini.

Monday, April 18, 2011

Insomnia


Perkataan Insomnia berasal dari bahasa Latin, "in" bermaksud tidak dan ''somnus'' bermaksud tidur. Insomnia membuatkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk melelapkan mata dan mendapat tidur yang berkualiti. Antara punca insomnia adalah kerana tekanan, ketakutan, kemurungan, kebimbangan, kafein, dan ada berpunca tanpa sebab yang pasti. 

Terdapat 3 jenis insomnia
  1. Insomnia Sementara berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu.
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk tidur dengan lena selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus, ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms