Perkataan Insomnia berasal dari bahasa Latin, "in" bermaksud tidak dan ''somnus'' bermaksud tidur. Insomnia membuatkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk melelapkan mata dan mendapat tidur yang berkualiti. Antara punca insomnia adalah kerana tekanan, ketakutan, kemurungan, kebimbangan, kafein, dan ada berpunca tanpa sebab yang pasti.
Terdapat 3 jenis insomnia
- Insomnia Sementara berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu.
- Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk tidur dengan lena selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
- Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus, ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
0 comments:
Post a Comment