Nikmati kadar sewa yang murah dan terima kasih kerana menetap di sini =)

Saturday, February 12, 2011

Jenama Mewah Tommy Hilfiger

Tommy Hilfiger

Dilahirkan di Elmira, New York pada 1951 dan mempunyai pendidikan di sekolah tinggi Elmira Free Academy.

Ketika usia 18 tahun, Tommy sudah mula bekerja dan menunjukkan minat dalam fesyen. Buktinya? Dia sanggup berbelanja RM517 untuk membeli 20 jeans bell-bottom dan mengubahsuainya sebelum di jual semula di cawangan Brown's Elmira.

Dia pernah membuka kedai sendiri bernama The People's Place di Elmira tapi diisytiharkan bankrup selepas tujuh tahun.

Pernah ditawarkan menjadi pembantu oleh Calvin Klein dan Perry Elis tetapi dia menolak tawaran tersebut kerana dia mempunyai perancangan sendiri.

Pada 1984 Tommy Hifiger Corporation telah diasaskan. Pada tahun 1992 koleksi pertamanya dilancarkan. Ia menaikkan namanya sebaris dengan pereka terkenal Ralph Lauren, Perry Ellis dan Calvin Klein.

Pada 1995, Tommy dianugerahkan "Menswear Designer of The Year" oleh Council of Fashion Designers of America selepas memperkenalkan koleksi lebih kasual dengan unsur rekaan baggy.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms