Nikmati kadar sewa yang murah dan terima kasih kerana menetap di sini =)

Tuesday, February 15, 2011

Antara Lubang Yang Menarik Di Dunia

1. Diavik Mine


Diavik Diamond Mine terletak di 300 kilometer timur laut Yellowknife Kanada. Usahasama antara Diavik Diamond Mines Inc. dan Aber Diamond Mines Ltd. ini  memperolehi 8 juta karat berlian setahun

2. Great Blue Hole

The Great Blue hole terletak di Belize Barrier Reef Reserve System. Mempunyai kedalaman sekitar 120 meter dan sebesar 300 meter lebar. Ianya terjadi sekitar 65,000 tahun yang lalu.

3. Morning Glory Hole

Terletak di Wyoming-US. Dinamakan sebagai The Morning Glory Pool pada tahun 1880 kerana bentuknya seakan-akan bunga morning glory. Salah satu kolam air panas yang tercantik di Yellowstone. Gempa bumi pada 1959 telah merubah bentuk kolam ini.

4. Glory Hole Monticello Dam

 Monticello Dam adalah empangan di Napa County, California. Dibina pada 1953. Mempunyai sebuah lubang dikenali sebagai Glory Hole yang akan mengeluarkan air dari empangan apabila mencapai kapasiti.

5. Kimberley Big Hole
Lubang yang terletak di Afrika Selatan ini adalah lubang yang terdalam digali oleh manusia. Kira-kira 50,000 penggali dari pertengahan Julai 1871 hingga 1914. Ia telah memperoleh hasil berlian sebanyak 2,720 kilogram. 

6. Chand Boari
Dibina semula pada abad ke-10, perigi yang luar biasa dari Chand Boari, India merupakan penyelesaian kepada masalah air di kawasan tersebut. Iklim kering memaksa penduduk tempatan menggali lebih dalam untuk mendapatkan sumber air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms